Isnin, 1 April 2013

PENULIS KARYA AGUNG: SHEIKH NURUDDIN AL-RANIRI


Riwayat Hidup

Nama penuh beliau ialah al-Syaykh Nur al-Din Muhammad2 Jaylani3 ibn cAli ibn Hasanji
ibn Muhammad Hamid al-Raniri al-Qurashi al-Syafici. Beliau dilahirkan di Ranir, iaitu
sebuah kota pelabuhan yang berhampiran dengan Gujerat, India. Beliau berketurunan
Arab Hadramaut daripada sebelah bapanya yang telah lama tinggal di Gujerat. Manakala
ibunya pula adalah orang Melayu Acheh. Acheh pada suatu ketika dahulu merupakan
sebuah negara yang mendeka di bawah kepimpinan yang adil, namun sekarang Acheh
telah menjadi sebahagian daripada Indonesia.

Tarikh kelahiran beliau tidak diketahui dengan jelas, kerana semua manuskrip yang ditulis
oleh beliau tidak pernah menyentuh tentang tarikh kelahirannya. Begitu juga buku-buku
dan kajian yang menulis tentang beliau tidak pernah menyebut tarikh kelahirannya. Apa
yang dapat diketahui dengan jelas adalah tarikh ketibaannya ke Acheh. Beliau telah tiba di
Acheh pada 6 Muharram 1047 Hijrah, bersamaan dengan 31 Mei 1637 Masihi, iaitu
setahun selepas Sultan Iskandar Thani mula memerintah.

Sebelum beliau belayar ke Aceh, beliau terlebih dahulu pergi ke Pahang. Beliau pergi ke
Pahang setelah beliau menamatkan pengajiannya di Makkah. Pahang pada waktu itu
berada di bawah taklukan Aceh, yang merupakan sebuah kerajaan yang dikenali dengan
Aceh Darussalam. Aceh pada waktu itu merupakan sebuah pusat perdagangan,
kebudayaan, politik serta pusat pengajian Islam yang terkenal. Aceh juga telah melahirkan
ilmuan-ilmuan yang masyhur dan terkemuka seperti Syaykh Hamzah al-Fansuri, Syaykh
Shamsuddin al-Sumatrani dan Syaykh Abdur Rauf al-Fansuri al-Singkili. Ulama ini telah
masyhur sebelum kedatangan Syaykh Nur al-Din al-Raniri ke Aceh.

Sebelum Syaykh Nur al-Din al-Raniri sampai ke Aceh, di sana sudah ada satu fahaman yang
dikenali dengan aliran Tasawwuf Wujudiyah5 yang telah dipelopori oleh Syaykh Hamzah
Fansuri dan Syaykh Shamsuddin al-Sumatrani. Aliran ini sangat berpengaruh di Aceh pada
2Nama Muhammas hanya disebut dalam buku Ahmad Daudi M.A. sebahagian besar
manuskrip yang ditemukan tidak menyebutnya.
Raja Muhammad Affandi, 



DIPETIK DARIPADA:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan