Ahad, 19 Mei 2013

Hikayat Malim Deman



Sebelum pengembaraan:

Mengisahkan latar keluarga watak utama iaitu Malim Deman, putera Raja Malim Dewa yang memerintahkan di Bandar Muar. Bonda  Malim Deman ialah Tuan Puteri Lindungan Bulan. Malim Deman mempelajari ilmu dunia dan akhirat sehingga ia menjadi seorang yang perkasa dan bijak dalam semua hal. Kemudian diceritakan Malim Deman bermimpi bertemu dengan seorang tua, berpakaian serba putih, berjanggut panjang dan menyuruh Malim Deman pergi ke hulu sungai Muar kerana di sana ia akan bartemu dengan bakal isterinya. Setelah mendapat mimpi demikian, Malim Deman memohon keizinan daripada kedua ayahanda dan bondanya untuk keluar mengembara.



Dalam masa pengembaraan:

Semasa mengembara, Malim Deman diiringi oleh Bujang Selamat dan anjing perburuannya. Mereka semua telah mati kerana tidak tahan menderita mengharungi hutan belantara yang tebal, onak duri yang menyakitkan, menghadapi kekurangan bahan-bahan makanan dan berpanas dan berhujan. Hanya Malim Deman yang berjaya sampai ke taman Nenek Kebayan, tempat Tuan Puteri dari kayangan turun mandi dan bermain. Bagi mendapatkan Puteri Bongsu, Malim Deman menyamar sebagai pengail dan berjaya mencuri baju layang tuan puteri. Puteri Bongsu tidak boleh pulang semula ke kayangan kerana baju layangnya hilang. Dengan pertolongan Nenek Kebayan, Malim Deman dikahwinkan dengan Puteri Bongsu dan mereka pulang ke Bandar Muar.



Malim Deman terpaksa membuat pengembaraan kali kedua bagi menuruti isterinya dan puteranya yang membawa diri ke kayangan kerana kecewa dengan perbuatan Malim Deman yang melupakan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah. Malim Deman asyik berjudi, menyabung ayam dan bermersa dengan Si Kembang Cina menyebabkan Puteri Bongsu merajuk hati. Puteri Bongsu berhasil mendapatkan baju layang dan bersama dengan puteranya ia kembali ke pangkuan ayahanda bondanya di Negeri Kayangan. Malim Deman merantau mencari cara bagaimana untuk ke kayangan. Dengan pertolongan Puteri Terus Mata, Malim Deman berjaya meminjam borak milik anak raja jin itu terbang ke kayangan. Di kayangan Malim Deman terpaksa menyamar dan kemudiannya bertarung beradu kekuatan dan kesaktian dengan Mambang Molek, tunang Puteri Bongsu dalam satu sayembara yang diadakan.



Selepas pengembaraan:

Malim Deman berjaya memujuk Puteri Bogsu dan membawa pulang isteri dan puteranya ke istana. Sebelum itu, Malim Deman berkahwin dengan Tuan Puteri Terus Mata. Malim Deman membawa isteri-isteri dan puteranya kembali ke istana. Mereka hidup aman dan berbahagia serta mempunyai kerajaan yang besar. Cerita berakhir dengan ‘happy ending’ – kebahagiaan watak utama.

Video penuh boleh ditonton di sini--->>>Video Hikayat Malim Deman

4 ulasan:

  1. Katanya sudah belajar ilmu dunia dan akhirat tapi mengapa masih berjudi, sabung ayam dan bermesra dengan si Kembang Cina?

    BalasPadam
  2. Sesat dan lalai kemudian kembali ke pangkal jalan kut.

    BalasPadam
  3. Cerita hikayat Malim Deman.
    Dipercayai berlaku di Muar tetapi tiada kesan dan jejak.
    Untuk pengetahuan pembaca, kisah Malim Deman ini dimengertikan sebagai cerita dongeng dan hikayat Melayu.
    Namun di tempat kami, ada sebuah muara bernama Sungai Tampiasa. Banyak kesan peninggalan dari cerita Tujuh Puteri Kayangan turun ke bumi. Malim Deman yang dimaksudkan dalam hikayat Melayu adalah merujuk kepada seorang pemuda bernama Balagomg ( dalam cerita masyarakat Murut Sodomon- Mailu).
    Di Sungai Tampiasa masih ada kesan tenpat Tuan Puteri Kayangan duduk tanpa baju kerana baju sayap Tuan Puteri Kayangan disembunyikan oleh Balagong.
    Tuan Puteri Kayangan berkawen dengan Balagong dan mendapat seorang cahaya mata.
    Setelah menjadi isteri Balagong, Tuan Puteri Kayangan merasa tidak bahagia lalu membawa puteranya balik ke kayangan.
    Ada lagi satu batu menyerupai perahu yang dipercayai jejak di mana Balagong bertemu dengan nenek kebayan dalam usaha beliau untuk mendapatkan semula isterinya, Tuan Puteri Kayangan. Nenek kebayan memerintah Balagong dan pengikutnya naik di atas hujung perahu kemudian dicungkil perahu itu ke arah langit maka sampai lah mereka di Kayangan.

    Kini di Sungai Tempiasa, airnya jernih. Bila mandi di sini kena buat niat baik.
    Kawasan ini terpelihara. Keturunan Balagong masih wujud hingga kini.
    Mereka tinggal di kampung Mailu dan Sodomon. Mereka berbangsa Murut.
    Satu lagi bukti kejadian ini benar berlaku di tempat kami adalah peninggalan baju kayangan puteri yang masih dalam penjagaan di kampung kami
    ( Kg Sodomon) dan tidak boleh dilihat dan disentuh sembarangan kerana ianya memiliki kuasa mistik.
    Sekadar berkongsi info.
    Salam untuk semua.

    BalasPadam
  4. Novel fiksyen malayu... Boleh buat movie macam GOT..

    BalasPadam