Singapura
dilanggar todak adalah sebuah cerita dongeng orang Melayu yang paling terkenal
khususnya di Singapura. Mengikut cerita orang Melayu Singapura. Pada suatu
hari ada seorang pedagang dan ulama dari negeri Pasai bernama Tun Jana Khatib
telah datang ke Singapura untuk melakukan kehidupan baru disamping berdagang.
Ketika di Singapura dia sangat disengani oleh rakyat Singapura kerana sikapnya
yang lemah lembut dan berbudi bahasa di samping melakukan kerja-kerja amal yang
dilakukan oleh penduduk-penduduk tempatan.
Pada suatu hari Tun Jana Khatib telah berlalu disebelah istanaRaja
Singapura. Pemaisuri baginda sedang melihat Tun Jana Khatib yang sedang berdiri
di sebatang pokok pinang itu. Tun Jana Khatib menerung mata lalu memegang
tangan ke arah pokok pinang. Pokok pinang terbelah dua lalu tersungkur ke
tanah! Pemaisuri raja terkejut melihat keajaiban pokok pinang itu! Kemudian Tun
Jana Khatib telah pun beredar. Raja Singapura sendiri pula bertanya kepada
pemaisuri dan terkejut melihat pokok pinang yang terbelah dua.
Setelah menayakan khabar bahawa itu adalah seorang dari Pasai.
Maka baginda sangat murka dan memerintahkan supaya Tun Jana Khatib ditangkap
dan dihukum bunuh di Hujung Pasar (sekarang Kampung Gelam). Apabila ditangkap
maka dia bersumpah: “Hai kamu semua! ketahuilah kamu semua. Aku relakan
kematian ini! Tetapi raja yang zalim itu tidak akan terlepas begitu sahaja. Dia
hanya membayar harga keatas kezaliman itu… Dan percayalah Singapura ini akan
huru hara! akan ditimpa malapetaka yang dahsyat!” Sepantas kilat petanda terus
menikam sebilah keris ke arah Tun Jana Khatib! akhirnya dia tersungkur lalu
rebah ke bumi.
Ketika hendak membawa jenazah Tun Jana Khatib ke tanah perkuburan,
ada yang tidak kena pada jenazah Tun Jana Khatib. Dia tiba-tiba ghaib tapi
darahnya masih ada dan ke mana dia pergi? Berberapa minit kemudian ribut petir
menggemparkan Singapura dan disusuli dengan dentuman kuat! Rakyat terus lari
menyelamatkan diri dan pergi ke tempat kejadian semula. Orang ramai mula gempar
darah Tun Jana Khatib tadi telah bertukar menjadi batu. Sementara itu penduduk
di Langkawi mula gempar kerana mayatnya telah terbaring di tepi pantai tidak
lain tak bukan itu Tun Jana Khatib. Jenazahnya kemudian dikebumikan di sebuah
tanah perkuburan yang dipanggil Makam Purba.
Dan dari peristiwa itu terciptalah sebuah pantun sebagai mengenang
kesaktian Tun Jana Khatib, bunyinya:
[I]Telur Itik di Singgora,
Pandan terletak dilangkahi;
Darah titik di Singapura,
Badannya terlantar di Langkawi.[/I]
Pandan terletak dilangkahi;
Darah titik di Singapura,
Badannya terlantar di Langkawi.[/I]
Pada suatu pagi di Singapura, nelayan mula pergi ke pantai untuk
menangkap ikan tetapi orang di situ mula lari ke tengah daratan. Berberapa ekor
ikan todak mula menyerang Singapura. Ramai orang di situ mula melarikan diri.
Tetapi ada yang orang yang tersungkur kerana ditikam seekor ikan todak. Seorang
demi seorang tersungkur dan ikan todak yang banyaknya terus menyerang sana
sini. Peristiwa itu turut memeranjatkan Raja Singapura kerana ramai bilangan
rakyat di situ telah terkorban. Sepantas kilat, Raja Singapura segera
mengarahkan pengawalnya menyediakan seekor gajah tunggangan raja dan terus ke
tempat kejadian.
Di kawasan pantai yang banyak mayat di situ terdampar tiada cara
lain yang baginda buat. Maka Raja Singapura mengarahkan orang yang ada disitu
terus ke tepi pantai berbaris untuk dijadikan betis masing-masing. Namun
usahanya gagal. Seorang demi-seorang daripada mereka mati ditikam oleh ikan
todak. Semua orang takut dan tiada harapan lagi kerana selagi gus takut
dimurkai oleh Raja Singapura sebagai penderhaka kepada raja. Maka ada seorang
budak yang berusia 10 tahun yang bijaksana bernama Hang Nadim. Dia terus pergi
untuk menghadap raja yang berdiri di situ. Raja Singapura terus mengemukakan
cadangan lain kepada Hang Nadim. Maka ada cadangan yang baik bahawa elok kita
bariskan batang pisang untuk kita jadikan kubu. Akhirnya baginda mengarahkan
orang yang ada di situ terus meninggalkan pantai untuk mencari batang pisang
untuk dijadikan kubu. Orang yang ada di situ terus gembira apabila titah
baginda disambut dengan penuh sorakan dan mula meninggalkan pantai. Mereka
terus ke kebun pisang untuk mencari batang pisang lalu dibawa ke pantai.
Beberapa jam kemudian batang-batang pisang yang ada di situ terus dijadikan
kubu. Kubu akhirnya siap dalam masa yang terdekat.
Tidak lama kemudian kebanyakan ikan todak telah menyerang semula
dan akhirnya ikan todak telah tersangkut pada batang pisang. Rakyat Singapura
yang melihat kejadian itu disambut dengan penuh kegembiraan dan sorakan penuh.
Apabila ikan todak berhenti menyerang orang ramai yang ada di situ mula ke
pantai lalu membersihkan ikan todak yang durjana itu. Singapura akhirnya bebas
dari serangan ikan todak. Baginda telah memuji kejayaan Hang Nadim menumpaskan
ikan todak lalu baginda menjemput Hang Nadim ke istana untuk penerimaan
anugerah kepadanya.
Sementara itu di istana, kebanyakkan pembesar tidak suka dengan
Hang Nadim kerana apabila dah besar nanti dia akan merampas kuasa baginda dan
akan memerintah Singapura pada suatu hari nanti. Raja Singapura telah
mengarahkan pembesar supaya membatalkan istiadat penganugerahan dan diganti
dengan perlaksanaan hukuman bunuh. Dengan mengucap salam ke atas ibunya, Hang
Nadim mula pergi ke istana untuk menghadiri istiadat penganugerahan tetapi ada
yang tidak kena apabila pengawal istana terus menangkap Hang Nadim. Keadaan
menjadi tegang apabila dia bukannya ke balai penghadapan tetapi diseret ke
tengah halaman. Tanpa berlengah masa lagi baginda mengarahkan petanda supaya
melaksanakan hukuman bunuh ke atas budak itu. Anak kecil mula menjerit
kesakitan apabila ditikam oleh sebilah keris lalu mati. Begitulah tadi cerita
Singapura Dilanggar Todak.
Informasi yang menarik
BalasPadamMaklumat yang bermanfaat. Teruskan usaha menulis reviu berkenaan karya klasik.
BalasPadamXde gambar contoh ker...
BalasPadamCerita klasic memang sedap ...
BalasPadamTerimakasih.